Cerita kali ni banyak pengajaran. Jadi cuma seminggu lepas. Anak saudara (Baby Rayy) yang tersayang pulang ke sisi yang Maha Esa. Umur dia? 1 tahun 9 bulan. Tak banyak songeh, suka tersenyum, suka merenung.
Pemergian dia sebab Denggi + ANEC (Acute necrotizing encephalitis of childhood). Ramai Ibu Bapa tak tahu tentang virus reaction ANEC ni. Selalunya terus attack otak.
Semuanya bermula dengan demam yang tinggi. Dalam 38-41 celsius. Masa ni, ingatkan demam biasa. Jadi, pergi ke klinik swasta dan dapatkan consultation. Dan kemudian mereka bagi ubat. Bila masih belum reda panasnya, pergi hospital kerajaan (Hospital Ampang). Kemudian, selepas check up, staff hospital suruh balik.
The next day, di rumah jam 12 tengahari macam tu, terus anak saudara jadi lembik, berak-berak, muntah dan kena sawan. Di hospital, hari yang sama jugak, Baby Rayy muntah darah dan terus senyap. Hari pertama di hospital, ada reaction. Hari kedua, masih ada reaction. Ketiga dan seterusnya...kaku.
Selepas dari tu, ada sedikit conversation dengan doktor. Katanya perlu buat CT Scan untuk tengok keadaan otak. Mula-mula doktor suspect Denggi + Meningitis, tapi sebenarnya bukan. Refer laporan perubatan pada Hospital Kuala Lumpur (sebab mereka pernah ada case ini). Resultnya, DENGGI + ANEC + Epilepticus.
8 hari di Hospital Ampang, Baby Rayy bernafas dengan bantuan mesin. Baby Rayy tiada reaction langsung. Tak mampu kawal suhu badan sendiri. Tiada respons dan matanya selorong. Pada hari ke 12 Baby Rayy di hospital, ibunya minta anaknya jangan di cucuk dengan apa-apa lagi. Sebab, ibunya dah tak sanggup tengok anaknya terseksa. Tapi, prosedur hospital juga perlu di ikut. Jadi mereka tetap membantu sedaya yang boleh.
Hari ke 11 dan 12, 3 pakar lakukan prosedur untuk pengesahan situasi. Baby Rayy disahkan brain dead (mati otak). Dan hari ke 12 itu menjadi hari yang paling sedih dalam Keluarga kecil kami. Mesin bantuan pernafasan di hentikan, seluruh ahli keluarga diminta berkumpul untuk melihatnya dalam keadaan bernafas. Selepas tu, mesin dihentikan. Maka, nafas terakhirnya dalam dakapan ibu dan ayah tercinta. PERGILAH ANAK SYURGA, KEMBALI KE SISI - NYA DALAM KEADAAN SUCI TIADA NODA.
Bila terjadi peristiwa ni, pengajaran bagi kami. Supaya menghargai anak lebih lagi.
Ibu bapa yang bekerja, bila anak tak sihat...pantau lah anak anda. Ada bersama mereka. Jangan biarkan mereka berseorangan bersama orang lain yang asing dalam hidup mereka (tak kira lah bibik, pengasuh, tadika) Ambil pusing dengan keadaan anak. Ambil cuti.
Anak atau mereka yang tersayang, hari ni mungkin mereka sihat...esok mungkin mereka tiada lagi.
INNALILLAH, BABY RAYY ADHA LAW YU ZHE BIN MUHAMMAD MIKHAIL LAW CHIN PANG. (2014 - 2016)
p/s : we will miss you. much.